Malam ni rasa sedih la..i don't know..kenapa kali ni sedihnya sampai buat ainur mengalirkan air mata..sedih..sedih sangat-sangat..actually ainur dah berjanji pada Allah untuk berubah..ainur nak mencapai sesuatu dalam hidup ainur..ainur minta Allah kuatkan hati ainur supaya ainur betul-betul boleh berubah dan akhirnya mencapai apa yang ainur nak tu..
Dalam berusaha memohon bantuan Allah untuk menunaikan hajat itu..seseorang tiba-tiba buat ainur sedar..untuk mencapai hajat yang ini ainur harus korbankan satu dari impian duniawi yang ainur idam-idamkan selama ini..ainur rasa tertampar..tamparan tu kuat sangat sampai menggegarkan jiwa ainur ini..memanglah apa yang ainur nak tu mungkin tak nampak penting bagi certain orang..tapi minat manusia tak sama..betul tak? kau ada minat kau..begitu juga aku..
Mungkin kali ni minat ainur ni punyai lebih sedikit nilai materialistiknya dari impian-impian ainur yang lain..dah lama ainur cuba simpan duit semata-mata nak mendapatkan benda tu..tapi akhirnya bila sampai dekat dengan saat ainur hendak merealisasikannya..terpaksa pula ainur guna duit simpanan itu untuk menampung kehidupan ainur..dalam hati berkata..indahnya kalau jadi anak orang kaya..indahnya kalau punya harta yang banyak..indahnya kalau nak apa saja mudah ditunaikan..
Tapi ainur sedar..apalah sangat kemewahan..apalah sangat kehidupan yang mudah tanpa usaha..tiada nikmatnya hidup tanpa cabaran..lagipun ainur dah berjanji dengan Allah..yang ainur nak capai sesuatu itu..ainur nak berubah..jadi mungkin inilah ujian pertama untuk ainur buktikan yang ainur mampu mencapai hajat ainur..untuk Allah memakbulkan hajat ainur..ainur perlulah buktikan yang ainur kuat..ainur mampu menepis keinginan-keinginan yang agak duniawi seperti ini..ainur harus kuat..
Sekali lagi ainur tegaskan..tak semua orang punyai minat yang sama..kerana kita semua diciptakan berbeza-beza..namun, minat dan keinginan tak semuanya kita akan mampu capai tanpa izin Allah..Allah Maha Mengetahui apa yang layak dan apa yang tidak layak untuk kita..jadi kuatlah menghadapi hari-hari mendatang andai kebahagiaan yang didambakan tidak menjadi milikmu..tawakal pada Allah..

2 comments:
nape ni dear.. :/
tlalu sulit utk aku critakn..
Post a Comment